Thursday, February 7, 2013
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
MESRA…Kemeriahan
sambutan Tahun Baru Cina turut diceriakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk
Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang bersama pimpinan kompenan
Barisan Nasional (BN) yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan
masyarakat berketurunan Cina di
Sipitang.
Selain mengucapkan selamat menyambut
perayaan itu, Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang
diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Suhaili Matusin turut
menyampaikan kad-kad sambutan Tahun Baru Cina di sekitar pekan Sipitang.
“Saya berharap sambutan perayaan
kali ini akan memberi makna besar kepada masyarakat Cina,” katanya.
Menurutnya rakyat dari pelbagai suku
kaum turut menyambut dengan ceria perayaan itu “dan inilah keistimewaan serta
lambang perpaduan dan persefahaman rakyat.”
Hadir sama pada rombongan tersebut
termasuklah Pemimpin kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Ketua MCA
Sipitang Suu See Teng, dan Presiden Dewan Peniagaan Dan Perindustrian Tiong Hua
Sipitang Lim Thian Hock,
a)
Kelihatan
Ahmad dan Suhaili bersama rombongan merakamkan kenangan bersama pegawai dan
staf Maybank Sipitang sejurus penyerahan kad tahun baru cina di premis
tersebut.