Saturday, February 2, 2013
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Di S.K Lubang Buaya, Sipitang.
PRIHATIN…Sapawi begitu prihatin mendengar permasalahan ibubapa
pelajar di majlis tersebut.
BANTUAN…Sapawi diperhatikan Oleh Adnan dan Birly menyampaikan
bantuan khas awal persekolah RM100 kepada salah seorang pelajar di majlis
tersebut.
SIPITANG: Pemberian bantuan
khas awal persekolahan bukan dibuat disebabkan pilihan raya umum semakin
hampir.
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, pemberian itu
dibuat kerana Barisan Nasional (BN) mahu memastikan tidak akan ada lagi
generasi muda akan tercicir daripada menikmati pendidikan.
“Matlamat dan tujuan utama pemberian bantuan ini adalah kerana BN mahu membantu
rakyat bagi memastikan anak-anak mereka bersemangat untuk menjalani
persekolahan dan seterusnya berusaha mencapai pendidikan yang terbaik,” katanya
pada majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan
Lubang Buaya di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Pegawai
Pelajaran Sipitang Adnan Othman, Guru Besar S.K Lubang Buaya Birly Johnny.
Katanya BN amat mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan dan akan
memastikan tiada lagi generasi yang tidak berpeluang untuk menikmati
pendidikan.
Menurutnya pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama
dan pada masa yang sama BN juga sentiasa menyedari keperluan rakyat.
Selain bantuan tersebut, katanya, BN juga telah mengadakan pelbagai bantuan dan
semuanya adalah untuk rakyat.
Beliau berkata BN bukan pembohong sebaliknya berjuang untuk memastikan
kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat.
Katanya pemberian itu juga adalah bukti kepada rakyat bahawa BN melakukan apa
yang terbaik untuk rakyat.
Menurutnya perjuangan BN yang ikhlas adalah untuk rakyat dan bukannya untuk
memenuhi kehendak serta keinginan seseorang seperti yang dilakukan oleh
pembangkang.
Beliau memberitahu bantuan khas awal persekolahan itu akan diteruskan pada masa
akan datang.
“Jika rakyat terus mengekalkan sokongan dan terus meletakkan BN sebagai
kerajaan, bantuan seumpama ini akan terus diadakan dan begitu juga dengan
bantuan-bantuan yang lain,” katanya lagi.
Sapawi berkata BN bukan seperti pembangkang yang banyak menabur janji dan juga
menabur pelbagai pembohongan.
Katanya pembangkang sebenarnya mahu mengajak rakyat untuk menikmati kehidupan
yang susah, ketinggalan dan terus mundur.
“Rakyat boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh pembangkang
sebenarnya...perjuangan pembangkang bukan untuk rakyat sebaliknya mahu
menunaikan hasrat dan impian seseorang,” katanya lagi.