Sunday, November 10, 2013

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan dan Persembahan Kanak-Kanak Ke-31 Kumpulan Yayasan Sabah.

 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Nabsia dan Rewajoh menyampaikan sijil tadika pra persekolahan kepada kanak-kanak cemerlang Aiman Hamizudin Bin Sophian di majlis tersebut.
  CEMERLANG…Sapawi diperhatikan oleh Nabsia menyampaikan sijil kecemerlangan kepada bekas pelajar tadika kumpulan Yayasan Sabah Alvira Alexandra di majlis tersebut.
 AKITIVITI…Sapawi menerima penjelasan daripada Nabsia hasil aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan tadika kumpulan Yayasan Sabah.
 CERIA…Sebahagian kanak-kanak tadika kumpulan Yayasan Sabah sedang membuat persembahan pada majlis tersebut.
SOKONGAN…Sebahagian ibubapa yang menghadiri majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah akan memainkan peranan dengan lebih proaktif dalam pembangunan pendidikan di negeri ini.
            Ini termasuklah peranannya dalam pembangunan pendidikan prasekolah, kata pengarahnya Datuk Sapawi Ahmad di Menara Tun Mustapha kelmarin.
            “Yayasan Sabah menerusi bahagian perkembangan kanak-kanak akan terus memainkan peranan proaktif dalam memperluaskan program-program pendidikan awak kanak-kanak di negeri ini,” katanya pda majlis penyampaian sijil tamat persekolahan dan persembahan kanak-kanak le-31 bahagian perkembangan kanak-kanak Kumpulan Yayasan Sabah.
            Seramai 77 kanak-kanak daripada tadika Yayasan sabah menerima sijil tamat persekolahan di mana turut dihadiri oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Kumpulan Yayasan Sabah Nabsia Yunus, Pengerusi PIBG Tadika Kumpulan Yayasan Sabah Rewajoh  Lahai dan Presiden Persatuan Taksa Sabah Datin Muleh Munah.
            Sapawi berkata langkah itu adalah sejajar dengan peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pembangunan pendidikan.
            Menurutnya komitmen Kumpulan Yayasan Sabah terhadap pembangunan pendidikan kanak-kanak tidak hanya tertumpu di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
            Katanya sudah ramai yang berjaya pada ketika ini adalah mereka yang pernah mendapat pendidikan awal daripada usaha yang dilakukan oleh kumpulan tersebut.
            “Komitmen inilah yang akan kita teruskan kerana Kumpulan Yayasan Sabah sedar akan pentingnya pembangunan pendidikan untuk rakyat,” katanya lagi.
            Sejak penubuhan bahagian itu pada 31 tahun lepas, seramai 2,328 kanak-kanak telah mendapat bimbingan menerusi Tadika Ria, Taska Ria dan Taska Kristal Ria.
            Manakala tadika luar bandar bahagian itu pula, sejak 1989 telah memberikan bimbingan kepada 6,000 kanak-kanak.
            Sambil melahirkan rasa bangga dengan usaha dan komitmen bahagian itu, Sapawi melahirkan harapan agar usaha tersebut dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
            “Usaha ini perlu diperkasakan kerana kita mahu setiap kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pendidikan awal,” katanya lagi.

a
Share |