Wednesday, September 5, 2012

Merdekaraya Kg Jaya Baru, Lumadan, Beaufort.

TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan Jakim dan Muanam menyampaikan set jarsi kepada Pengerusi JKKK Kg Karangan Radin Lazim
MUAFAKAT…Sapawi bersama sebahagian penduduk setempat sedang menikamti juadah raya di majlis tersebut.
BICARA MERDEKA…Wak Jakim Kimin seorang pejuang kemerdekaan sedang menceritakan pengalamannya dengan penuh emosi pada majlis tersebut.
CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama sebahagian pejuang kemerdekaan di majlis tersebut.

BEAUFORT: `Hargai usaha yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan.’

Saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang menyifatkan ada pihak tertentu pada ketika ini yang bukan sahaja memperlekehkan pengorbanan pejuang tersebut tetapi turut berusaha memutarbelitkan fakta sebenar.

“Tanpa adanya usaha pejuang kemerdekaan, sudah tentu kita tidak akan dapat menikmati apa yang dinikmati ketika ini,” katanya pada malam merdeka raya di Kampung Jaya Baru Lumadan dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Tokoh Merdeka Jakim Kimin, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Umno Zon Lumadan Muanm Mujiarto dan Wakil Ketua Anak Negeri Rahmat Sikon, Ketua-Ketua Cawangan Umno Saban Duat, Nordin Osman, Ismail Jakim serta Ketua Kampung Lumadan Laut Samat jalil dan Ketua kampung Lumadan Ulu Sakimin Jamin.

Sapawi berkata pihak tersebut juga berusaha untuk mempengaruhi rakyat khususnya generasi muda agar turut sama menyertai mereka.

Katanya rakyat khususnya generasi muda perlu tahu bahawa pejuang kemerdekaan yang terdiri daripada tokoh politik, agama dan cendikawan telah melakukan pengorbanan yang besar untuk rakyat.

Menurutnya apa yang telah mereka lakukan membolehkan rakyat dan generasi muda ketika ini menikmati keharmonian dan kemakmuran di sebuah negara yang bebas daripada cengkeman penjajah.

Bagaimanapun Sapawi berkata kemerdekaan negara mampu terhapus jika pihak tersebut terus diberikan sokongan.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku dan kerana itulah Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memastikan keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.

Sapawi juga meminta agar rakyat menghayati dan menghargai kemerdekaan negara dan tidk mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang cuba untuk menghancurkan kemerdekaan negara.

Katanya rakyat perlu tahu bahawa kemerdekaan bukan mudah untuk dicapai dan apabila ianya musnah pasti sukar untuk mendapatkannya semula.

“Jangan biarkan kemerdekaan negara musnah dan kita harus mempertahankannya,” katanya lagi.


Share |