Thursday, August 30, 2012

Sipitang Bakal Perolehi Ibu Pejabat Polis Baru.

DIHARGAI… Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang menerima cenderakenangan daripada OCPD Sipitang DSP Jamaludin Ali di majlis tersebut.
MUAFAKAT…Sebahagian pegawai kanan polis dan orang ramai yang hadir di majlis tersebut.
INTIM…Sapawi bersalam dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang sejurus tiba di majlis tersebut.
CERIA…Sapawi merakamkan kenangan dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang dan pegawai-pegawai kanan polis yang hadir.
ESRA…Sapawi berbual mesra dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang bersama pegawai-pegawai kanan polis yang hadir di majlis tersebut.

SIPITANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang yang baru bakal menjadi salah satu mercu tanda pembangunan dan kemajuan yang dicapai di daerah sini.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata proses bagi melaksanakan pembinaan IPD itu sedang dilaksanakan di mana tender bagi pembinaan tersebut dijangka dikeluarkan pada bulan depan.

“Pembinaan tersebut akan menjadi salah satu mercu tanda kemajuan dan pembangunan di Sipitang,” katanya pada program ‘High Profile policing’ dan majlis rumah terbuka Aidilfitri IPD Sipitang di sini kelmarin.

Bangunan polis Sipitang wujud sejak 1970 dan dinaiktaraf kepada IPD sejak 19 tahun lalu. Sejak itu ianya tidak pernah dinaiktaraf pembinaannya.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Fesrival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang mengumumkan kelulusan bagi pembinaan IPD Sipitang yang baru.

“Kelulusan dan pengumuman itu membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap keperluan anggota keselamatan dan juga rakyat...inilah juga `Janji Yang Ditepati’ oleh BN,” kata Sapawi dan menambah ia sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan yang disambut Jumaat ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Sapawi berkata ia juga memperlihatkan bahawa Kerajaan BN amat menghargai tugas yang dilaksanakan oleh anggota keselamatan.

Katanya tanggungjawab anggota keselamatan dalam memastikan rakyat menjalani kehidupan yang selesa, aman dan damai merupakan tugas yang amat dihargai.

Menurutnya dengan keselamatan yang kukuh terjamin itu akan membolehkan Sipitang menjadi tumpuan kepada pelabur luar.

Beliau berkata dengan kedudukan Sipitang yang berdekatan dengan Sarawak dan Burnei, potensinya amat cerah untuk pembangunan dan kemajuan termasuklah dari aspek ekonomi.

Katanya pelaksanaan projak Sabah Amonia dan Urea (SAMUR) turut membantu dalam memastikan pembangunan dan kemajuan di Sipitang dipertingkatkan.

Pembangunan dan kemajuan di Sipitang semakin terlihat dengan projek Sabah Amonia dan Urea SAMUR Petronas yang bernilai RM4.6 bilion dan pewujudan Taman Perindustrian Gas dan Minyak (SIAP) melibatkan keluasan tanah dua ribu hektar mampu menarik pelabur asing ke Sipitang.

“Jika keselamatan tidak mampu diwujudkan di Sipitang sudah tentu pelabur luar tidak akan berminat membuat pelaburan di sini dan kita berterima kasih kepada anggota keselamatan yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi berkata rakyat tidak harus hanya bersandarkan kepada anggota keselamatan untuk menjalani kehidupan yang selesa, aman dan damai.

Katanya tanggungjawab tersebut perlulah dipikul bersama di mana rakyat perlu bekerjasama dengan anggota keselamatan.

Menurutnya rakyat perlu menghargai tanggungjawab yang dilaksanakan oleh anggota keselamatan negara ini.

Sapawi berkata rakyat tidak mungkin dapat menjalani kehidupan yang selesa dan aman jika anggota keselamatan gagal melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

“Kita berterima kasih atas tanggungjawab yang dilaksanakan oleh anggota keselamatan...mereka menunaikan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab bagi membolehkan kita hidup aman dan damai,” katanya.

Sehubungan dengan Sapawi berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan pihak-pijak tertentu yang semakin galak mengkritik anggota keselamatan.

Katanya pihak tersebut sebenarnya adalah mereka yang tidak tahu bersyukur “kerana apa yang dilakukan oleh anggota keselamatan adalah untuk rakyat dan bukannya untuk diri mereka semata-mata.”

Dalam pada itu Sapawi berkata tanggungjawab menjaga keamanan dan keharmonian tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada anggota keselamatan.

Sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama untuk semua rakyat, katanya dan menambah ia boleh dilaksanakan dengan rakyat sentiasa bekerjasama dengan anggota keselamatan.

Katanya kerajsama itu termasuklah mengawasi kawasan masing-masing daripada aktiviti kurang sihat.

“Tanggungjawab kita ialah memberikan kerjasama kepada anggota keselamatan...hubungan erat dan kerjasama baik antara rakyat dengan anggota keselamatan akan membantu kita untuk terus menjalani kehidupan yang harmoni, aman dan damai,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC datuk Tan Kok Liang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Ketua Polis Daerah Sipitang (OCPD) DSP Jamaludin Ali, OCPD Beaufort DSP Mustaffa Maruf, OCPD Tenom DSP Mazlan Lazim dan OCPD Keningau DSP Robert.

a)

Share |