Wednesday, August 22, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Umno/BN Sipitang

SOKONGAN PADU…Sebahagain ribuan hadiran yang hadir di majlis tersebut.

e)


DUIT RAYA…Sapawi menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa merakamkan kenangan dengan sebahagian pimpinan Pemuda Umno Sipitang.

c)


AMANAT…Sapawi diperhatikan oleh barisan kepimpinan Umno Sipitang sedang menyampaikan amanat kepada ribuan yang hadir di majlis tersebut.
BERTUAH…Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad diperhatikan oleh pengacara terkenal Sipitang Maidun Sisak @ Pham pasangnya Haliza Datuk Semion menyampaikan hadiah kepada salah seorang pengunjung bertuah di majlis tersebut.

TERNYATA sambutan perayaan Aidilfitri menjadi landasan ke arah memperkukuhkan dan mempermantapkan persefahaman serta perpaduan yang sedia ada di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Hakikat inilah yang dapat disaksikan pada majlis rumah terbuka Umno Sipitang di dewan serbaguna Sipitang kelmarin. Lebih 5.000 rakyat yang hadir bagi memeriahkan rumah terbuka itu tidak hanya di kalangan mereka yang beragama Islam dan meraikan Aidilfitri tetapi mereka yang bukan beragama Islam turut hadir bagi memeriahkan sambutan perayaan tersebut.

Keunikkan ini sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat negara ini dan ianya bukan sesuatu yang menghairankan sebaliknya ia cukup jelas memperlihatkan betapa hebatnya perpaduan dan persefahaman rakyat negara ini yang terbina selama ini.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad bersama-sama barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada kali ini menyambut kehadiran orang ramai ke majlis tersebut.

“Inilah keistimewaan yang kita miliki...semangat kasih sayang di kalangan rakyat negara ini amat tinggi dan inilah juga membuktikan betapa perjuangan Umno dan BN telah memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata selagi rakyat yakin dan percaya kepada Umno serta BN selagi itulah perpaduan dan persefahaman akan dipermantapkan.

Katanya Umno dan BN lebih mengutamakan rakyat dan bukannya berjuang untuk kepentingan individu tertentu.

Malah, katanya, Umno dan BN juga tidak suka dan amat benci dengan pembohongan “keadaan ini amat berbeza dengan pembangkang yang suka kepada pembohongan.”

“Kita berjuang untuk rakyat dan bukannya mempergunakan serta mengelirukan rakyat...jika kita bersikap seperti pembangkang, sudah tentu rakyat tidak akan dapat merasai apa yang dinikmati ketika ini,” katanya lagi.

Majlis rumah terbuka Umno Sipitang itu turut diceriakan dengan kehadiran rakyat dai negara luar dan negara jiran.

Sapawi memberitahu situasi yng diperlihatkan itu sudah tentu menarik perhatian rakyat negara luar dan negara jiran.

“Tentunya keadaan ini amat berbeza dengan apa yang dialami oleh rakyat negara lain...kita utamakan keharmonian dan kemakmuran,” katanya lagi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang hadir, Sapawi berkata hubungan yang terjalin mesra akan dapat diteruskan.

“Kita berharap rakyat akan terus bersama-sama Kerajaan BN dan Umno bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran dapat dinikmati berterusan dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Daerah Papar Iman Ali, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek.


Share |