Friday, August 10, 2012

Majlis Berbuka Puasa Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang

IKHLAS…Sapawi dan Ir. Mustapa Kassim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
CERIA…Sebahagian pimpinan politik tempatan yang menghadiri majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan Ir. Mustapa Kassim menymapikan sumbangan kepada yang layak menerima di majlis tersebut.

MANTAP…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlsi tersebut.

SIPITANG: `Slogan `Janji Ditepati' bukan retorik atau pembohongan seperti yang didakwa oleh pembangkang.'

Sebaliknya slogan itu menyatakan dengan jelas mengenai kesungguhan dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam memakmurkan dan mengharmonikan negara bagi dinikmati oleh rakyat, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di negeri ini tetap memastikan pembangunan dan kemajuan terus dilaksanakan.

"Kemajuan dan pembangunan yang berterusan itu pula dipastikan mengutamakan kepentingan rakyat kerana kerajaan mahu hasil daripada usaha itu akan dinikmati oleh rakyat," katanya pada majlis penyampaian sumbangan fakir miskin, mualaf dan warga emas.

Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Parlimen Sipitang dan Sabah Amonia dan Urea (SAMUR), Petronas di Masjid Haji Hashim.

"Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta barisan kepimpinan BN telah memperlihatkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi bagi memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran dan juga keharmonian...apa yang dinikmati ketika ini tidak mungkin dapat dinikmati di beberapa negara lain," kata Sapawi.

Beliau berkata rakyat harus tidak mudah mempercayai apa yang didakwa oleh pembangkang "kerana apa yang dihebah-hebohkan oleh pembangkang adalah hanya untuk mengelirukan, mempergunakan dan memperbodoh-bodohkan rakyat."

Katanya rakyat dapat melihat vdengan jelas dan nyata apa yang telah dilakukan oleh BN dan banyak yang dijanjikan oleh BN telahpun ditunaikan dan te;lah dinikmati oleh rakyat.

"Slogan Janji Ditepati bukan slogan yang kosong tetapi ia adalah nyata dan jelas apa yang telah dilakukan oleh BN kepada rakyat dan rakyat sendiri sudahpun menikmati apa yang telah dijanjikan," katanya lagi.

Menurutnya rakyat wajar bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh BN "kerana apa yang kita lakukan adalah untuk rakyat."

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Wakil Petronas Sharif Ibrahim, Pengurus Besar SAMUR Mohd Sharyl Nazman dan Penderma Ir Mustapha Kassim.

Di majlis itu seramai 107 orang terdiri daripada Fakir miskin, mualaf dan anak yatim menerima sumbangan kewangan daripada Baitulmal, Sapawi Ahmad dan Ir. Mustapa Kassim


Share |