Thursday, August 16, 2012

Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kg Baru Luyang, Penampang

Kelihatan Sapawi dan Kamarlin diperhatikan oleh Pengiran Hussin menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Kg Luyang Ismail Kidan di majlis tersebut.
Kelihatan Sapawi dan kamarlin sedand menikamti juadah berbuka puasa bersama penduduku kampung Luyang, penampang.

ERAT SILATURRAHIM...Bagi pengundi Sipitang yang merantau, bertugas dan menetap di daerah lain termasuklah di Kota Kinabalu tetap tidak dilupakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad untuk sama-sama meraikan Ramadan.

Sapawi bersama wakil rakyat Lumadan, Kamarlin Ombi meraikan Ramadan bersama-sama dengan umat Islam di Kampung Baru Luyang Kota Kinabalu di mana kebanyakkan mereka merupakan pengundi di bahagian Sipitang.

Selain berbuka, Sapawi dan Kamarlin turut sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Pada pertemuan bagi mengeratkan lagi kemesraan yang sedia ada, Sapawi menyumbangkan RM1 ribu untuk surau kampung tersebut manakala Kamarlin menyumbangkan tangki dan vakum juga untuk kegunaan surau tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Penasihat Surau Nurul Hidayah Kg Luyang, Penampang Pengiran Hussin Pengiran Daut, Pengerusi Surau Kg Baru Luyang Ismail Kidan, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf dan Pemaju Mukim Lumadan Billeh Untol


Share |