Friday, July 24, 2015

Sumbangan Masjid dan Surau Bagi Dun Sindumin

   SUMBANGAN…Sapawi bersama Ahmad diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan majlis berbuka puasakepada  ASP Zulkiflee Yakub wakil  Polis Sipitang di majlis tersebut.
 SERAH….Sapawi bersama Ahmad menyerahkan alat pembesar suara dan penghawa dingin kepada Jaini Puasa pengerusi masjid Kampung Pantai di majlis tersebut.


TAKWA…Sebahagian pengerusi  masjid dan Surau dan penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.

 SIPITANG: Kehadiran dan meraikan Ramadan wajar dijadikan ruang ke arah mempermantapkan dan mempertingkatkan persefaahaman dan perpaduan yang sedia ada.
     Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata adalah keputusan yang terbijak dengan menjadikan kehadiran dan meraikan Ramadan sebagai ruang untuk mengetepikan pertelagahan dan pertelingkahan akibat perbezaan ideologi politik.
     "Perbezaan ideologi politik sepatutnya telah lama dihapuskan dan ia tidak harus berpanjangan serta berterusan sehingga kehadiran Ramadan dan ketika kita meraikan bulan istimewa itu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa menerusi program ziarah Ramadan di sini kelmarin.
     Beliau berkata amalan itu tidak sepatutnya diteruskan sehingga ia menjadi budaya yang akhirnya diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
     Akibatnya, katanya, permainan politik dengan pelbagai budaya yang negatif seperti fitnah-memfintah berterusan meskipun pada kehadiran Ramadan dan ketika meraikannya.
     Sapawi memberitahu budaya yang tidak membawa sebarang kebaikkan itu perlu dipastikan tidak menjadi amalan dan seterusnya menjadi budaya kepada rakyat negeri ini.
     Pada majlis tersebut Sapawi menyampaikan sumbangan kepada 11 buah masjid dan 25 surau dalam DUN Sindumin.
     Ketua Umno Bahagian Sipitang itu memberitahu program anjuran Umno bahagian itu merupakan program tahunan bagi menyemarakkan lagi masjid dan surau sepanjang Ramadan.
    "Program ini merupakan program tahunan Umno bahagian di mana kita mahu sambutan Ramadan disemarakkan di seluruh masjid dan surau menerusi penganjuran program-program Islamiah.
    "Program seumpama itu meyakinkan kita, ia mampu mengeratkan silaturrahim kepada umat Islam dan seterusnya memperkukuhkan serta mempertingkatkan lagi persefahaman dan perpaduan antara kaum," katanya lagi.
    Hadir sama pada majlis itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk  Kamarlin Ombi, Naib ketua bahagian Datuk Ahmad Bujang dan jawatankuasa Umno bahagian, wanita, pemuda, puteri dan anggota Umno bahagian daripada peringkat cawangan.
a    
b    
Share |