Friday, July 24, 2015

Kumpulan Yayasan Sabah Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dengan Pelajar Sabah di Semananjung

 DUIT RAYA…Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan duit raya kepada wakil pelajar di majlis tersebut.
    PRIHATIN…Musa memerhatikan wakil pelajar Mohd Hasryan Ungkari menyerahkan sumbangan bencana gempa bumi Sabah kepada Sapawi sempena majlis tersebut.
 CERIA…Sebahagian ribuan pelajar Sabah yang menuntut di semanajung yang menghadiri majlis tersebut.
    MESRA…Musa diperhatikan oleh Sapawi berbual mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir di majlis tersebut.


JALINAN MESRA….Musa dan sapawi merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar yang hadir di majlis tersebut.

KUALA LUMPUR: Lebih RM500 juta telah dibelanjakan oleh Kumpulan
Yayasan Sabah untuk pembangunan pendidikan.

Pengarahnya Datuk Sapawi Ahmad berkata daripada jumlah itu,
sebanyak RM214 juta dibelanjakan untuk menaja seramai 4,823 pelajar
bagi melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan
perubatan.

“Dalam tempoh 1970 sehingga 2014 itu juga Kumpulan Yayasan Sabah telah
memberikan pinjaman pendidikan kepada 8,883 pelajar yang berjumlah
RM191 juta,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri
Sabah yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk
Seri Panglima Musa Aman dengan mahasiswa/mahasiswi institut
pengajian tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Beliau berkata selain itu Kumpulan Yayasan Sabah turut membelanjakan
hampir RM50 juta sehinga 2015 untuk menaja 464 pelajar cemerlang Sabah
melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan pelajartersebut.

“Kita memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menawarkan
mereka Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS),” katanya
lagi.

Katanya Kumpulan Yayasan Sabah tetap meletakkan keutamaan kepada
pembangunan pendidikan dan seramai 30,000 ribu pelajar mendapat manfaat sejak penubuhannya.

Menurutnya keutamaan itu yang sentiasa dipertingkatkan adalah untuk
memastikan generasi cemerlang Sabah dalam pendidikan tidak akan
terpinggir.

“Kita yakin pelaburan dalam pendidikan akan memberikan pulangan yang
besar pada masa hadapan negeri Sabah dan kita akan memastikan generasi
muda dan masa depan Sabah terus menikmati pendidikan yang terbaik,”
katanya.

Sambil mengharapkan golongan pelajar tidak mensia-siakan peluang yang
diberi, Sapawi turut mengingatkan mereka agar sentiasa berhati-hati
terutamanya dalam menerimapakai maklumat.

Katanya kemudahan untuk menerima maklumat yang tampak mudah perlu
dipastikan terlebih dahulu kesahihannya.

“Lambakan info boleh menyebabkan kita `overwhelm' yang mana kita tidak
tahu menggunakan info tersebut dan kadang-kala menyalahgunakan info
tersebut,” katanya lagi.

Beliau juga menyarankan agar golongan mahasiswa tidak hanya menumpukan
kepada pelajaran sebaliknya turut menumpukan kepada aktiviti
kokurikulum.

Katanya keseimbangan perlu dilakukan kerana ia mampu membentuk seorang
mahasiswa yang holistik.

Share |