DIRAIKAN…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad serta pimpinan
UMNO Sipitang dan PBS Lumadan memerhatikan Naib Presiden PBS Pusat Ruslan
Muharam memotong sempena meraikan sambutan kelahiran dan juga kemenangan beliau
baru-baru ini.
CERIA…Sapawi
dan merakamkan kenangan bersama barisan pimpinan Putri UMNO Sipitang yang baru
di majlis tersebut.
JALINAN MESRA….Sapawi mengabdikan
kenangan bersama barisan pimpinan Wanita UMNO Sipitang di majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad
merakamkan kenangan bersama sebahagian AJK UMNO Sipitang yang terpilih pada
pemilihan bahagian baru-baru ini.
SOKONGAN PADU…Sapawi bersama Kamarlin
dan Ahmad merakamkan kenangan bersama AJK Pemuda UMNO Sipitang di majlis
tersebut.
BEAUFORT: Sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional
semakin bertambah meskipun pilihan raya kecil Sungai Limau, Kedah Isnin lepas
tidak memihak kepada BN.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata BN menerima kekalahan
itu tetapi gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat.
“DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS tetapi BN mendapat sokongan baik
daripada rakyat menerusi undi yang diperolehi,” katanya ketika ditemui pada
majlis silaturrahim sempena sambutan Maal Hijrah UMNO Sipitang dan PBS Lumadan
di sini kelmarin.
Sapawi yang merupakan pengarah jentera pilihan raya UMNO Sabah pada pilihan
raya kecil itu berkata BN berjaya mengurang majoriti PAS dan ia memperlihatkan
bahawa rakyat mula memberikan sokongan dan percaya dengan perjuangan ikhlas BN.
Katanya kekalahan tersebut mungkin bukan berita yang menggembirakan “tetapi
kita bangga kerana rakyat di kawasan tersebut telah memperlihatkan
perubahan...sokongan kepada BN semakin bertambah.”
Menurutnya sokongan rakyat itu juga membuktikan bahawa perjuangan ikhlas telah
diterimapakai oleh rakyat dalam DUN tersebut khususnya dan menambah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Selengkoh dan
Simpang Tiga di mana UMNO Sabah menjadi bapa angkat telah menunjukkan peningkatan sokongan BN
terhadap kedua kampung tersebut.
“Kita terima kalahan itu tetapi BN akan meneruskan perjuangannya di mana rakyat
akan didahulukan,” katanya lagi.
Sapawi juga meminta agar rakyat tidak mudah mempercayai dakwaan pihak tertentu
terutamanya pembangkang.
Katanya pembangkang akan sentiasa berusaha untuk mempengaruhi rakyat dan
melakukan apa juga cara termasuklah menyebarkan dakyah dan fitnah.
“Usah mudah terpedaya dengan pembangkang...hanya perjuangan BN sahaja yang
ikhlas untuk rakyat,” katanya lagi.
Mengenai UMNO Sipitang, Sapawi yang juga Ketua UMNO Sipitang melahirkan harapan
agar semua anggota parti akan kembali bersatu dan bersama-sama meneruskan
perjuangan parti.
Katanya pemilihan UMNO telahpun berlalu dan semua anggota perlu melihat
kehadapan.
“Perjuangan kita perlu diteruskan di mana rakyat harus terus dibela,” katanya
lagi.
Hadir sama pada
majlis tersebut Timbalan Ketua UMNO Sipitang Kamarlin Ombi, Naib Ketua UMNO
Sipitang Ahmad Bujang, Naib Presiden PBS Pusat Ruslan Muharam, Ketua Wanita
UMNO Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez
Musa dan Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat serta pimpinan UMNO Sipitang
dan PBS Lumadan.
a