JELAS…Musa
diperhatikan oleh Sapawi menerima penjelasan mengenai perkembangan terkini oleh
Ketua Ekskuatif KYS Dr. Dayang Ali pembinaan Kolej Uneversiti Yayasan Sabah
dimajlis tersebut.
MESRA…Musa
diiringi oleh Sapawi bersalaman dengan hadirin pada majlis tersebut.
DERMASISWA…Musa
diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan dermasiswa Yayasan Sime Darby kepada
salah seorang pelajar yang layak menerima dimajlis tersebut.
KENANGAN…Musa
dan Sapawi merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar yang menerima
dermasiswa Yayasan Sime Darby dimajlis tersebut.
CENDERAKENANGAN…Musa
menerima kenangan daripada Sapawi di majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Budaya memasyarakatkan Kolej Yayasan
Sabah bersama komuniti membolehkan rakyat mengetahui akan kewujudan institusi
tersebut.
Pengarah
Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata ia juga membolehkan rakyat merasai
kepentingan dan manfaat pewujudan KYS.
“Pengwujudan
KYS juga membolehkan rakyat melihat kesungguhan dan usaha yang dilakukan oleh
kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan di negeri ini,” katanya pada
majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran KYS di Sembulan di sini kelmarin.
Beliau
berkata usaha memasyarakatkan KYS akan diteruskan secara berterusan.
Katanya
KYS harus berupaya memainkan peranan sebagai ejen perubahan dan peneraju
pembangunan masyarakat, negeri dan negara.
“Kita
berharap dengan wujudnya KYS, ia akan memberikan ruang kepada generasi muda
untuk terus mendapatkan pendidikan tinggi,” katanya lagi.
Menurutnya
KYS perlu komited untuk meneroka ruang dan peluang baharu yang boleh
dimanfaatkan demi kepentingan semua pihak.
Pada
majlis itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah menyampaikan bantuan Dermasiswa Yayasan Sime
Darby kepada 25 pelajar peringkat yang menerima RM25,000 masing-masing.-Oleh Dzul Mohd Kassim.