Wednesday, May 1, 2013

ADA sebab mengapa rakyat wajar mengekalkan Barisan Nasional.

 SEMANGAT…Musa bersama Sapawi, Kamarlin dan Ahmad serta penduduk Sipitang menyanyikan lagu patriotik di majlis tersebut.
 RASMI…Musa diperhatikan oleh Sapawi , Kamarlin dan Ahmad memukul gong sebagai tanda rasmi majlis tersebut.
 SOKONGAN PADU…Sebahagian ribuan rakyat Sipitang yang menghadiri majlis tersebut.
 BERTUAH…Musa menyampaikan hadiah utama sebuah Motosikal kepada pengunjung bertuah di majlis tersebut.


 MANTAP…Musa mengangkat tangan bersama Calon BN Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Calon BN Sindumin Ahmad Bujang dan Calon BN Lumadan Datuk kamarlin Ombi di majlis tersebut.

ADA sebab mengapa rakyat wajar mengekalkan Barisan Nasional sebagai peneraju kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan dan sebab yang begitu jelas ialah kecemerlangan BN dalam melakukan transfomasi yang menjadikan Sabah mengalami perubahan besar dalam aspek kemajuan dan pembangunan.
            Transfomasi itu amat jelas dilihat bilamana rakyat menoleh kembali kepada awal 90an dan membandingkannya pada ketika ini dan yang nyata Sabah sudah jauh berubah.
            “Kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan itu membuktikan kesungguhan barisan kepimpinan BN pada peringkat negeri dan juga pusat,” kata Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui pemberita pada Majlis Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Sipitang kelmarin.
            Sapawi yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sipitang atas tiket BN memberitahu rakyat wajar berterima kasih kerana memiliki barisan kepimpinan yang sentiasa memastikan Sabah terus maju dan membangun.
            Katanya aspek pembangunan itu merangkumi infrastruktur, jalan raya, bekalan air dan elektrik, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
            “Usaha berterusan itu membolehkan rakyat menikmati keharmonian dan kemakmuran dan seterusnya kesejahteraan,” katanya.
            Menurutnya kemajuan dan pembangunan itu turut dirasai oleh rakyat di kawasan luar bandar termasuklah di Sipitang sendiri.
            Pembangunan dan kemajuan itu dilaksanakan dengan turut memastikan peningkatan ekonomi rakyat selain membuka peluang ekonomi baru kepada seluruh rakyat.
            Sapawi memberitahu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) ternyata membuka ruang kepada seluruh rakyat untuk meningkatkan ekonomi masing-masing dengan pelbagai peluang.
            Katanya SDC  bukan sekadar memastikan seluruh daerah di negeri ini akan mengalami perubahan dari aspek kemajuan dan pembangunan tetapi turut merangkumi manfaat kepada rakyat.
            “SDC merupakan satu strategi yang cukup berkesan dan ia memberi satu kerangka besar dan jelas dalam aspek menstrukturkan pembangunan di Sabah dengan meletakkan aspek pembangunan pendidikan melalui hub pendidikan, pembangunan pertanian, kraftangan dan pembangunan minyak dan gas,” katanya.
            Beliau memberitahu pembangunan minyak dan gas turut dilaksanakan di Sipitang selain di Kimanis.
            Katanya jika di SOGT di Kimanis menelan belanja lebih RM3 bilion, Sabah Amonia and Urea (SAMUR) Petronas di Sipitang pula menelan belanja lebih RM4.5 bilion.
            “Semua ini adalah untuk rakyat dan yang paling jelas hanya BN sahaja yang berupaya melaksanakannya,” katanya.
            Sapawi memberitahu kesungguhan BN itu juga boleh dilihat dengan jelas apabila pembangunan menyeluruh yang dikenali sebagai Pan Borneo tercatat dengan manifesto BN.
            Katanya manifesto itu bukan janji kosong tetapi ia tetap dilaksanakan sehingga manifesto tersebut dijadikan sebagai aku janji BN.
            “Pembangunan Pan Broneo ini melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dan manfaatnya akan dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.
            Beliau berkata aspek kemajuan dan pembangunan itu turut merangkumi usaha membasmi kemiskinan.
            Katanya BN sentiasa berusaha memastikan kadar kemiskinan di negeri ini berada pada tahap sifar dan usaha itu telahpun menampakkan keberhasilan.
            “Catatan kadar kemiskinan negeri ini telah menurun berbanding dengan catatan di negeri yang diperintah oleh pembangkang.
            “Rakyat boleh melihat sendiri di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, dalam tempoh sepenggal sahaja, rakyat di negeri ini mula mengalami kesengsaraan, menerima janji kosong dan kadar kemiskinan yang semakin meningkat,” katanya.
            Beliau memberitahu pembangkang sebenarnya mengeluarkan fakta yang tidak benar dan mengelirukan rakyat.
            Katanya negeri yang mundur seperti Kelantan misalnya adalah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi.
            “Sabah yang telah mengalami perubahan dengan usaha yang dilakukan oleh BN dalam aspek pembangunan dan kemajuan sebenarnya turut membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan inilah perkara jelas yang harus diketahui oleh rakyat,” katanya lagi.
            Hakikatnya kemajuan dan pembangunan yang dialami oleh Sabah adalah juga merangkumi aspek ekonomi rakyat.


Share |